RISIKO apabila memasak, kalau leka sedikit, mahunya berkerak di bahagian bawah.

Ini belum lagi kalau makanan yang kerap dipanaskan dalam periuk yang sama. Satu kerja pula mahu dibersihkan sampai boleh lenguh tangan menyental.

Ada yang tidak sanggup untuk cuci periuk berkerak, akhirnya akan dibuang begitu saja.

Walaupun sayang, tetapi kesan kotoran itu tetap tidak hilang. Daripada buat ‘sakit hati’ dengan kesan keraknya, baik buang sahaja.

Biasanya begitulah apabila ada periuk berkerak dan masakan hangit di bahagian bawah. Ini belum lagi kerak di bahagian bawah akibat dimamah api. 

Sayang memang sayang, tetapi kalau bersih juga masih tidak tanggal, inilah jalan terakhirnya.

Jangan risau dan jangan dibuang, ada cara yang boleh membantu bersihkan periuk berkerak. Inilah yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja. Mesti berkilat kembali!

Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ini dahulu.
  1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.
  2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.
  3. Masukkan 1/2 cawan cuka.
  4. Biarkan mendidih 10 minit.
  5. Tutup api dan biarkan terus terendam.
  6. Apabila sudah sejuk, bilas dengan air paip.
  7. Periuk akan kembali bersih.

Ini tip yang kami guna semasa merendang hari itu. Apabila panaskan lauk, terus terlupa. Jadi, gunakan kaedah ini untuk bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!

Mingguan Wanita : Biasanya kalau masak rendang atau makanan yang mengambil masa lama untuk masak, inilah jadinya.

Sumber: Susun Atur Sioca

* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.