TIDAK dapat dibayangkan kalau kereta atau kenderaan empat roda yang kita pandu tidak dilengkapi dengan sistem air conditioning atau pendingin hawa.
Tinggal di negara yang mempunyai cuaca agak panas memang menuntut kita memiliki sistem aircond yang baik. Disebabkan itulah sangat penting untuk menjaga kondisinya dengan baik sepanjang masa.
Selain melakukan servis secara berkala, terdapat beberapa perkara perlu anda tekankan dan ambil berat.
Salah satunya tidak mengamalkan beberapa tabiat yang dipercayai boleh menyebabkan ia mudah rosak.
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak lima perkara ini:
TINGKAP DIBUKA KETIKA AIRCOND DIPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang.
Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar.
Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
KONDISI DALAMAN KERETA TIDAK BERSIH & BERSEPAH
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.
Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
MEROKOK DALAM KERETA
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan.
Ini kerana asap serta debu dari rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk.
Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
ENJIN DIMATIKAN SECARA MENGEJUT
Sebelum matikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
GUNA PEWANGI KERETA JENIS GEL
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap.
Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang penasi dan evaporator atau cooling coil dalam aircond.
Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
*Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sat Nov 13 2021
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Lima tabiat punca pendingin hawa kereta cepat rosak
Bagi mengelakkan pendingin hawa kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
Ubah tabiat ini jika tidak mahu pendingin hawa kereta anda cepat rosak
Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak lima perkara ini.