LAMAN video paling popular, YouTube mengumumkan akan menyembunyikan jumlah dislike orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya mulai semalam (Rabu).

Syarikat itu berkata, perubahan itu adalah untuk memastikan pencipta kandungan tidak menjadi sasaran serangan atau gangguan selain untuk mempromosikan interaksi yang bersifat menghormati antara penonton dan pencipta kandungan.

Butang dislike tidak dihapuskan, tetapi jumlahnya hanya untuk maklum balas peribadi dan tidak dipertontonkan kepada khalayak.

Perubahan itu dilaksanakan selepas YouTube menghadapi meneliti kandungan di platform berkenaan dan aduan daripada pencipta kandungan.

Ada pencipta kandungan memaklumkan, jumlah dislike yang tinggi menjejaskan kesihatan mental mereka.

"YouTube mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pencipta kandungan, terutamanya pencipta kandungan yang baru bermula, daripada gangguan dan serangan berbaur kebencian," kata seorang jurucakap YouTube.