Kronologi Kes Liwat II, Anwar Ibrahim

Astro Awani
Oktober 27, 2014 00:21 MYT
Kronologi Kes Liwat II, Anwar Ibrahim
Kronologi kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada 28 Jun, 2008 apabila bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis yang mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.
Dari situ bermulalah kes liwat kedua yang mendapat perhatian media seluruh dunia. Perjalanan politik Anwar Ibrahim tidak pernah lekang dengan cabaran dan dugaan.
Nasibnya akan sekali lagi ditentukan oleh mahkamah yang akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini.
#Anwar Ibrahim #liwat #mahkamah #Pakatan Rakyat #Saiful Bukhari Azlan