Celik penggunaan Internet melalui #klikdenganbijak

Umaira Uyop
Februari 19, 2015 05:55 MYT
Kempen Klik Dengan Bijak berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. -Sumber gambar: Facebook 'Klik Dengan Bijak'
PERKONGSIAN daripada selebriti-selebriti tempatan merancakkan kembali kempen 'Klik Dengan Bijak' dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna berkenaan etika melayari Internet.
Dilancarkan pada 2012 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), pertubuhan komuniti ini semakin mendapat perhatian masyarakat dengan objektif memberi pendidikan dan peringatan secara santai supaya berwaspada melayari dunia siber.
'Klik Dengan Bijak' mewujudkan kesedaran penggunaan internet berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
Kempen ini menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram dalam usaha mendekati pengguna.
Antara topik yang ditekankan ialah penyamaran secara online, definisi reputasi digital, ‘netiquette’ serta tips-tips berguna ketika melayari Internet.
Selain pembabitan selebriti, Klik Dengan Bijak dilaksanakan secara interaktif, termasuk melalui permainan video dan sesi penerangan yang ringkas.
Kongsi #klikdenganbijak untuk manfaat bersama.
##klikdenganbijak #kempen #Klik Dengan Bijak #selebriti