Chris Hemsworth dinobat lelaki paling seksi dunia 2014

Umaira Uyop
November 19, 2014 09:12 MYT
Chris Hemsworth merampas takhta Adam Levine untuk bergelar lelaki paling seksi tahun ini - Sumber gambar huffingtonpost.com
Chris Hemsworth dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia!
Pelakon dari Australia yang sinonim dengan watak Thor dalam francais filem Marvel ini mengenepikan penyanyi, Adam Levine yang memegang gelaran itu tahun lepas.
Senarai ini dikeluarkan oleh majalah People yang turut memuatnaik video di sebalik tabir penerbitan majalah edisi istimewa, di laman Youtube rasmi mereka.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya apabila mereka memberitahu saya adalah lelaki paling seksi dunia ialah... bagus.", kata pelakon berusia 31 tahun itu.
“Seperti juga saya, isteri saya merasakan ia agak kelakar dan kami ketawa tentangnya”, tambahnya lagi.
Dan sudah pasti susur masa media sosial rancak memperkatakan tentang berita ini.

I got a BREAKING NEWS alert that Chris Hemsworth was named "Sexiest Man Alive". Waking up my kids to tell them.

— andy lassner (@andylassner) November 19, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Naming Chris Hemsworth the sexiest man alive is maybe the most journalistically accurate thing @peoplemag has ever done.

— Brynn Kushner (@brynn_kush) November 19, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Chris Hemsworth got sexiest man of the year... What

— DeAnn Cowell (@deanncowell) November 19, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Chris Hemsworth is not even the hottest Hemsworth, let alone the hottest Chris... People magazine got it WRONG

— Helena (@earthtohelena) November 19, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penulis blog dan portal hiburan sebelum ini menjangkakan bintang 'Guardians of the Galaxy', Chris Pratt atau Neil Patrick Harris yang akan memegang gelaran lelaki paling seksi.
Hemsworth merupakan suami kepada model dan pelakon, Elsa Pataky yang mana pasangan ini mempunyai tiga anak iaitu India, serta pasangan kembar Sasha dan Tristan.
Antara selebriti yang pernah memegang gelaran lelaki paling seksi di dunia termasuk George Clooney, Brad Pitt, Johnny Depp, Ryan Reynolds, Bradley Cooper, Matt Damon, Ben Affleck, Channing Tatum dan Mel Gibson.
#Chris Hemsworth #Lelaki Paling Seksi #Majalah People