Datuk Hasbullah Awang dikenang di media sosial

Ian Johan Ariff
Februari 12, 2015 08:27 MYT
Datuk Hasbullah Awang dalam kenangan.
Ramai antara kita yang membesar dengan 'tone' dalam milik penyampai sukan, Datuk Hasbullah Awang mengulas perlawanan bola sepak mahupun kejohanan badminton.
Jika ada yang masih ingat, Hasbullah cukup sinonim dengan ulasannya yang mantap di perlawanan Piala Thomas 1992 yang diadakan di Malaysia dan kumpulan tuan rumah muncul juara selepas menewaskan Indonesia di Stadium Negara.
Sudah pasti ulasannya masih kekal di minda peminat-peminat sukan tanahair dalam melaungkan sorakan kemenangan sewaktu pasukan Malaysia merangkul Piala Thomas.
Seorang figura yang amat disegani, orang ramai membuat permintaan agar Hasbullah diberi peluang mengulas perlawanan terakhir kejohanan yang disiarkan secara langsung di Astro Arena itu pada tahun 2014.
Hasbullah yang dimasukkan ke fasiliti perubatan, Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada minggu lepas, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Khamis selepas bertarung dengan komplikasi jantung.
Selang beberapa lama selepas berita kematian Hasbullah diuar-uarkan di media sosial, peminat sukan tanahair mula mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian bintang ini.
Ucapan takziah dan kenangan memori ulasannya menjadi perkongsian di media sosial terutamanya di Twitter.

Suara & ulasannya pasti dirindui peminat2 sukan negara #HasbullahAwang #AlFatihah pic.twitter.com/QBecdeeneo

— Man Olimpik (@ManOlimpik) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

You can actually 'hear' Allahyarham Hasbullah Awang's voice inside your head while reading his classic, memorable quotes. Al-Fatihah

— Asrul Muzaffar (@asrulmm) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Beliau ( Hasbullah Awang ) bukan hanya seorang pengulas sukan, beliau juga adalah suara kepada rakyat Malaysia "- Dato' Rahim Razali

— Team Malaysia FC (@TeamMalaysiaFC) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lain macam betul penangan,kita terikat dengan sesuatu sukan bila kita saksikan sukan tu masa mula-mula dengan latar belakang suara dia.

— Freddie M (@freddiearifin) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@freddiearifin dia rapat dgn player bro. Hampir setiap game dia cerita pasal family player, asal player, pernah jumpa player depan2.Respect.

— Nicholas (@NuanAbdullah) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ulasan Hasbullah memang cukup terkesan di hati peminat-peminat. Ramai yang menganggap celoteh bintang ini satu hiburan.
Di laman Twitter, orang ramai berkongsi kenyataan yang tidak dapat dilupakan dibuat Allahyarham semasa mengulas sukan untuk meraikan keunikannya sebagai pengulas langsung acara sukan tanahair.

"Pasukan Pahang berjaya membelah banjaran titiwangsa!" -Hasbullah Awang Antara ulasan arwah apabila Pahang menjuarai Piala FA tahun 2006.

— Tok Gajah Forever (@TOKGAJAHFOREVER) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Kita merindui pukulan pancung dari Misbun Sidek" - Datuk Hasbullah Awang

— twtbola / Ajera (@twt_bola) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, namun sepakannya tinggi melepasi pintu gol"

— RoTinho (@muzamir6116) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Quote yg paling aku ingat "bersilat matyo disitu"- Hasbullah Awang

— AmaliniHmid (@ina1306) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Walaupun stadium di Palestin sering dibom, tapi bola sepak mereka tak pernah mati." -Datuk Haji Hasbullah Awang. @twt_bola

— Harìth (@Harithium) February 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenangan Piala Thomas 1992 yang diulas Allahyarham dapat disaksikan di Youtube.
Dengan pemergian Hasbullah, peminat bola sepak di seluruh Malaysia berharap sebuah tifo (kain rentang) dibuat dan dikibarkan di stadium pada perlawanan liga Malaysia hujung minggu ini bagi mengenang lagenda sukan negara itu.
#hasbullah awang