Microsoft henti sokongan percuma terhadap Windows 7

Astro Awani
Januari 14, 2015 08:31 MYT
Langkah yang diambil Microsoft itu dilihat sebagai usahanya untuk meningkatkan penggunaan Windows 8. -Gambar fail
Microsoft mengumumkan ia tidak lagi memberikan sokongan am secara percuma untuk sistem operasi Windows 7.
Langkah yang diambil oleh Microsoft itu dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan sistem operasi Windows 8 dan keluaran terbaharunya Windows 10 tidak lama lagi.
Penamatan tersebut tidak bermakna pengguna Windows 7 akan menghadapi masalah dengan sistem komputer mereka, sebaliknya pengguna kini perlu membayar untuk sokongan am bermula 13 Januari 2015.
Pengguna walau bagaimanapun telah diberitahu agar tidak panik kerana syarikat itu berjanji untuk terus memberikan sokongan lanjutan untuk Windows 7 selama lima tahun lagi sehingga 14 Jan 2020.
Dalam perkembangan sama, warga media sosial telah mengutarakan pelbagai pendapat mereka di Twitter tentang isu ini.
Ada yang dilihat tenang dan tidak kisah tentang langkah yang dilakukan Microsoft.

i have no idea why everybody is acting insane over #Windows7 mainstream support ending mircosoft will still support it for 5 more years

— superkai64 (@superkai64) January 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Windows7 mainstream support ends, but if u use it don panic. for me It doesn't matter, I'm using Windows 8.1 :) it's more worthy than 7.

— Ismail (@abou_esmail) January 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, ada juga dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat Microsoft.

People running #Windows7 , Good Luck, Its a Cruel Cyber World Out There => Windows 7 mainstream support ends today http://t.co/6VcsBfdivp

— Michael Montgomery (@mjmpublisher) January 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Windows7 marked 4 death by @Microsoft as of NOW! In that case I may as well boot into @Linux_Mint then. http://t.co/8dAgikdRJr

— Geri Townsley (@scorpigem) January 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Windows 7 yang dilancarkan pada tahun 2009 telah terjual lebih 100 juta salinan hanya dalam tempoh enam bulan pertama pengeluarannya.
Ia dikatakan lebih stabil daripada Windows Vista dan lebih popular daripada Windows 8.
Versi 7 keluaran Microsoft itu dianggarkan mendominasi penggunaan hampir separuh sistem komputer di dunia.
#Microsoft #Windows 7