Najib ucap tahniah kepada Nicol susulan kejayaan cipta rekod baharu

Umaira Uyop
Februari 2, 2015 10:30 MYT
Datuk Nicol Ann David atasi rekod yang dipegang Susan Devoy dari New Zealand. -foto Google
Datuk Nicol Ann David sekali lagi mengharumkan nama negara.
Atlet bertaraf dunia ini mencipta rekod baharu apabila bertahan sebagai pemain squasy nombor satu dunia selama 106 bulan dalam senarai Persatuan Squasy Wanita (WSA).
Rekod itu diumum pada Kejohanan JP Morgan Tournament of Champions di New York.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi ucapan tahniah menerusi Twitter bersama #ratuskuasy dan #queenofsquash.

Tahniah kpd ratu skuasy negara Datuk @NicolDavid yg mencipta rekod dunia baru 106 bulan di ranking pertama WSA! #RatuSkuasy #QueenofSquash

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna media sosial lain tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kejayaan Nicol.

Datuk @NicolDavid cipta rekod ranking no.1 dunia dalam senarai terbaharu Persatuan Skuasy Wanita (WSA). Woot!Woot! pic.twitter.com/5QTQsD5ZrD

— ERA fm (@ERA_fm) February 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahniah kpd ratu skuasy negara Datuk Nicol David yg mencipta rekod dunia baru 106 bulan di ranking pertama WSA. Tahniah.

— ZM (@zaidimuda) February 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tahniah Datuk @NicolDavid , awak banggakan negara, Malaysia.. #squash #weproudofyou /p>— Cik_Hazza (@hazza_wazir) February 2, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malaysia's @NicolDavid becomes longest-reigning world no.1. At 106 uninterrupted months, breaks Susan Devoy's record set in 1993.

— Squash Player Mag (@squashplayermag) February 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Atlet berusia 31 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu muncul pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006 sekali gus mengatasi rekod 105 bulan yang dicipta Susan Devoy dari New Zealand yang dipegangnya sejak Februari 1993.
#Nicol Ann David #nombor satu #Rekod #Skuasy #SQUASH