Restoran Nasi Kandar Line Clear popular dikalangan peminat nasi kandar di Malaysia.

Justeru berita ia diserbu oleh Bahagian Perlesenan dan Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mencuri perhatian ramai di media sosial.

Ramai yang terkejut dan sedih jika benar Line Clear terpaksa ditutup akibat gagal mendapat permit untuk beroperasi.
Ada juga yang berpendapat, isu kebersihan premis itu perlu diberi perhatian dan bukan isu perebutan giliran restoran itu.
Bagaimanapun tindakan merampas meja dan kerusi oleh MPPP tidak menghalang Line Clear untuk meneruskan operasi petang tadi.

Operasi diteruskan dengan baki 20 meja yang tidak dirampas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Korporat Bahagian Perhubungan Awam MPPP, serbuan dibuat selepas Line Clear didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen untuk tahun ini.

Tindakan itu selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979.