Trailer ataupun sedutan filem palsu bagi Star Wars: Episode VII: The Force Awakens mula trending sejak tiga hari lepas.

Namun ramai yang tidak perasan ia bukan trailer sebenar yang dikeluarkan Lucasfilm.

Dijelaskan www.kotaku.com, trailer yang dimuat naik pengguna Youtube, Romeo Lux itu adalah bukan trailer sebenar episod ketujuh saga filem fiksyen paling popular itu.

Menurut Twitter Lucasfilm, trailer penuh akan dikeluarkan esok (Jumaat, 28.11.2014) menerusi iTunes.


Peminat fanatik Star Wars dapat mengesan sebahagian daripada skrip yang digunakan dalam trailer ini adalah daripada permainan video Star Wars: The Force Unleashed.

Ada juga skrip yang digunakan daripada filem Anchorman 2.

Namun ramai yang terpedaya dan mempercayai ia merupakan trailer sebenar bagi The Force Awakens.

Bagi yang mengetahui ia merupakan trailer palsu, mereka menjangkakan Lucasfilm akan mengeluarkan trailer yang lebih hebat daripada yang dimuat naik Romeo Lux itu.

Star Wars: Episode VII: The Force Awakens merupakan sambungan daripada filem Star Wars: Episode VI: Return of the Jedi.

Trailer palsu Star Wars: The Force Awakens: