Sepasang harimau Malaya pilihan Google Doodle sempena Hari Kebangsaan

Syafique Shuib
Ogos 31, 2016 02:06 MYT
Google Doodle sempena Hari Kebangsaan 2016 menampilkan dua ekor Harimau Malaya. -Gambar: Google Doodle
Enjin pencarian terkemuka Google hari ini melancarkan Google Doodle khas sempena Hari Kebangsaan 2016.
Ia memaparkan dua ekor Harimau Malaya yang boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia.
“Sukar untuk mencari binatang yang lebih hebat daripada harimau.
“Ia amat sesuai bahawa Harimau Malaya dipilih sebagai haiwan kebangsaan Malaysia, sebuah negara yang teguh dan dinamik,” tulis Google dalam satu penjelasan tentang pemilihan Harimau Malaya untuk Google Doodle ini.
Tahun lepas, Google Doodle menampilkan Teh Tarik sempena Hari Kebangsaan 2015.
Sebelum ini, corak bunga raya, gasing, dan layang-layang turut terpilih untuk menghiasi Google Doodle istimewa ini.
#Google Doodle #Hari Kebangsaan