KRU Studios melancarkan 'sneak peek' Cicakman 3 yang buat pertama kalinya menampilkan Zizan sebagai adiwira popular itu.

Zizan menggantikan Saiful Apek yang pernah menerajui dua sekuel sebelum ini.

'Sneak peek' yang didedahkan di laman YouTube rasmi KRU Studios itu menyaksikan Cicakman bersaing dengan seorang adiwira baru yang digelar 'SuperBro' di bandar Metrofulus.

Mendapat maklum balas baik di media sosial, menerusi sedutan ringkas itu juga dapat dilihat filem ini masih mengekalkan unsur komedi.