Pengarah Batman v Superman: Dawn of Justice, Zack snyder berkongsi gambar watak Aquaman dalam filem itu buat pertama kali di akaun Twitternya.

Empat jam selepas Snyder memuat naik gambar itu, lebih 8,000 orang membuat retweet gambar itu.


Aquaman lakonan Jason Momoa merupakan raja tujuh lautan.

Dalam gambar itu terdapat kenyataan 'Unite the Seven' dan kenyataan itu menjadi teka-teki peminat DC Comics di media sosial.

Selain itu ramai yang memuji perubahan yang dilakukan Snyder dalam usaha menyaingi populariti filem adiwira yang dikeluarkan pesaingnya, Marvel.

Batman v Superman: Dawn of Justice bakal ditayangkan 25 Mac 2016.

Batman V Superman: Dawn of Justice. Gambar - www.facebook.com/batmanvsuperman