Sony tidak sepatutnya henti tayangan 'The Interview' - Obama

Umaira Uyop
Disember 20, 2014 11:29 MYT
The Interview mengisahkan perancangan untuk membunuh Kim Jong Un - Gambar Fail
Filem ‘Team America: World Police’ menerima nasib sama seperti filem ‘The Interview’.
Paramount Pictures mengarahkan supaya pawagam tidak menayangkan filem berkenaan tanpa sebarang sebab diberikan.
Sehari sebelum itu, Sony Pictures Entertainment menarik semula tayangan filem ‘The Interview’ selepas menerima ugutan siber.
Kedua-dua filem mempunyai persamaan iaitu mengaitkan pemimpin Korea Utara.
‘The Interview’, filem aksi komedi satira yang dibintangi Seth Rogen dan James Franco mengisahkan perancangan seorang penerbit rancangan dan hosnya yang ditugaskan membunuh Kim Jong Un.
Manakala ‘Team America: World Police' memaparkan bekas pemimpin, Kim Jong Il, yang juga bapa kepada Kim Jong Un sebagai patung boneka.
Diplomat Korea Utara dalam kenyataannya mengatakan, “Filem itu mencemar imej negara kami. Perbuatan seperti ini bukan sebahagian daripada budaya politik negara kami. Oleh itu, kami mahu filem itu diharamkan.”
Sementara itu, Presiden Amerika, Barack Obama menyatakan serangan siber itu memberi kesan buruk ke atas Sony Pictures namun syarikat itu tidak sepatutnya tunduk kepada kehendak penggodam dengan menghentikan tayangan 'The Interview'.
Obama juga berjanji untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini.
Golongan seni rancak membicarakan mengenai isu ini di media sosial yang mana ramai menyuarakan rasa kesal atas keputusan penarikan semula tayangan filem berkenaan.

OK, Sony, if you're so desperate to release it, hire a movie theater in every major U.S. city and screen it yourselves. #TheInterview

— Piers Morgan (@piersmorgan) December 19, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Maybe North Korea hacked Sony. But maybe it was someone else - someone skilled enough to make it appear that NK did it

— mia farrow (@MiaFarrow) December 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sony Pictures menerima ugutan siber daripada penggodam yang menggelarkan diri mereka ‘Guardians of Peace’ yang menggodam ‘server’ mereka seterusnya mendedahkan maklumat-maklumat sulit syarikat berkenaan.
Mereka juga memberi amaran agar Sony Pictures menghentikan tayangan ‘The Interview’ dan jika permintaan itu tidak dipenuhi, pawagam yang menayangkan filem tersebut akan diserang.
#James Franco #seth roger #Sony Pictures #The Interview