Lebih 2 juta tontonan dalam tempoh semalaman dimuatnaik di laman Youtube.

Walaupun hanya berdurasi 15 saat, ‘teaser’ trailer francais baru Jurassic Park yang dilancarkan di laman Youtube rasmi Universal Pictures Berjaya mengujakan peminat untuk menanti garapan barunya selepas kali terakhir pada 2001.

Steven spielberg kembali sebagai penerbit eksekutif untuk Jurassic World versi 2015.

Diarahkan Colin Trevorrow, filem ini dibikin dalam bentuk tiga dimensi dan membariskan pelakon seperti Chris Pratt, Bryce Dallas Howard dan Jake Johnson.

Dijadual tayangan pada Jun tahun depan, trailer penuh akan dilancarkan pada Khamis ini.