Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan

Asyraf Roslan
Ogos 30, 2020 23:00 MYT
Pada sambutan Hari Kebangsaan kali iGoogle mereka hadir dengan doodle yang mengetengahkan orang utan. -Google.com
Setiap kali sambutan acara tertentu, syarikat teknologi Google tidak lupa untuk turut mengambil bahagian melalui penampilan doodle bertema khas.
Jika sebelum ini, Google hadir dengan doodle teh tarik, wau, dan bunga kebangsaan iaitu bunga raya, pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini mereka hadir dengan doodle yang mengetengahkan orang utan.
Bukan sekadar doodle, malah Google turut berkongsi trivia khas fakta menarik tentang spesies itu, antaranya ialah orang utan sangat gemar akan durian ia juga berkongsi hampir 97 peratus gen dengan homo sapien.
#Doodle #Google #Hari Kebangsaan #Malaysia #Malaysia Prihatin #Momen Negaraku #Orang Utan