STAR tidak sertai Kerajaan GRS, jadi pembangkang – Jeffrey
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan pendirian untuk tidak menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor. Presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, pendirian parti itu tidak berubah, bahawa Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan.

