Operasi pencarian mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 tergendala oleh kerana cuaca ribut pada pagi ini, sekaligus menyukarkan tugas penyelamat-penyelamat Indonesia.

"Kami mengalami cuaca buruk sekarang. Hujan dan angin menghalang kami daripada meneruskan operasi mencari pagi ini," kata pegawai tentera udara Indonesia, SB Supriyadi dalam satu sidang media pagi ini.

Menurut laporan Kompas TV, pasukan pencarian sedang bersiap sedia di Pengkalan Bun menunggu cuaca kembali baik.







Setelah penemuan tiga jenazah mangsa nahas serta serpihan pesawat pada Selasa, Pasukan Pencari dan Penyelamat Indonesia telah memperkecilkan lokasi pencarian kepada empat zon pencarian.

Sebanyak 18 kapal yang terdiri dari kapal tempatan dan luar negara bakal digerakkan dalam mencari mangsa nahas pesawat QZ8501.

Berikut merupakan maklumat kapal dan koordinat pencarian pada hari ke empat di Teluk Kumai:

Lokasi I :

-KRI SSA
-KRI SHN
-KRI TDK
-KD LEKIU

A : 04 10 9.52 S – 109 35 16.92 E
E : 03 43 5.29 S – 109 35 19.13 E
I : 03 42 58.08 S –110 3032.33 E
H : 04 10 22.72 S – 110 30 32 33 E

Lokasi II:

-KN BARUNA JAYA I
-RSS VALOUR
-RSS SWIFT
-KN 224

B : 03 15 53.49 S – 109 35 21.81 E
F : 03 16 58.43 S – 110 30 9.00 E
I : 03 42 58.08 S – 110 30 32.33 E
E: 03 43 5.29 S – 109 35 19.13 E

Lokasi III:

-KRI PRE
-KRI PTM
-KRI PRO
-KRI TOM
-KN BINTANG LAUT

F : 03 16 58.43 S – 110 30 9.00 E
C : 03 16 36.71 S – 111 25 42.52 E
G : 03 42 41.73 S – 111 25 20.39 E
I : 03 42 58.08 S – 110 30 32.33 E

Lokasi IV :

-KRI YOS
-KN PURWOREJO
-KRI BAC
-RSS PERSISTANCE
-RSS SUPREME

H : 04 10 22.72 S – 110 30 32 33 E
I : 03 42 58.08 S – 110 30 32.33 E
G : 03 42 41.73 S – 111 25 20.39 E
D : 04 11 24.54 S – 111 25 29.45 E