Rangkaian media “omnichannel” Singapura, SPH Media memaklumkan bahawa ia baru-baru ini mengesan serangan siber terhadap lima sistemnya, mengakibatkan sembilan peratus pangkalan data peribadinya terdedah.
Malaysia menggesa agar aspek daya tahan telekomunikasi di lokasi ekonomi kritikal seperti pelabuhan, rangkaian kereta api, lebuh raya serta hab perindustrian diberi perhatian serius, dan memberi amaran bahawa sebarang gangguan boleh membawa kesan meluas terhadap rantaian bekalan global serta aktiviti ekonomi.
Kerajaan Australia merancang memperkenalkan piawaian keselamatan dan perlindungan wajib bagi pembangun kecerdasan buatan (AI) termaju, selain menubuhkan sebuah badan kawal selia baharu bagi memastikan pematuhannya, umum Perdana Menteri Anthony Albanese pada Selasa.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa melancarkan perkhidmatan penyimpanan emas yang membolehkan bank pusat asing, institusi kewangan antarabangsa dan entiti berdaulat menyimpan rizab emas sehingga 500 tan di Singapura.
Syarikat pengeluar cip Amerika Syarikat (AS), Nvidia dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Jensen Huang berdepan saman daripada pemegang saham atas dakwaan mengelirukan pelabur kerana gagal mendedahkan hubungan peribadi Huang dengan seorang bekas eksekutif Megaspeed, menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada Isnin.
Airbus mencipta Rekod Dunia Guinness bagi penerbangan tanpa henti paling jauh oleh pesawat komersial selepas melengkapkan perjalanan selama 24 jam 24 minit dari Melbourne, Australia ke Toulouse, Perancis pada Julai lepas, menurut pengeluar pesawat itu pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.