awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2015: RM100 juta untuk majukan industri kreatif

Bernama
Bernama
10/10/2014
13:45 MYT
Bajet 2015: RM100 juta untuk majukan industri kreatif
Penubuhan dana di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu, antara lain, direncana bagi memajukan sektor animasi, perfileman, seni reka dan warisan budaya.
Sebanyak RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penubuhan dana berkenaan adalah lanjutan daripada peruntukan Bajet 2012 sebanyak RM200 juta yang disalur melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd bagi tujuan sama.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan 'Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
MyCreative Venture, yang diperbadankan Kementerian Kewangan pada April 2012, antara lain berperanan meyakinkan bank serta institusi kewangan bahawa industri kreatif berdaya maju seterusnya menerima harta intelek sebagai cagaran dan memudahkan pinjaman pemain industri.
Najib juga berkata penubuhan dana di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu, antara lain, direncana bagi memajukan sektor animasi, perfileman, seni reka dan warisan budaya.
Topic Berkaitan
##Bajet2015
#Industri Kandungan Digital
#Kementerian Kewangan
#Laporan Ekonomi 2014/2015
#MyCreative Ventures Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan