Tutup

Berita  | Bisnes

10 perkara perlu anda tahu tentang Laporan Bank Negara Malaysia 2015

10 perkara perlu anda tahu tentang Laporan Bank Negara Malaysia 2015
Berikut adalah 10 perkara tentang laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) yang perlu anda ketahui. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, meskipun berdepan persekitaran ekonomi global dan serantau yang lemah, ekonomi negara mencatatkan pengukuhan dan masih berdaya tahan.

Berikut adalah ringkasan laporan tahunan Bank Negara Malaysia bagi 2015 yang dibentangkan beliau baru-baru ini.

1. Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2016 dengan permintaan domestik daripada sektor swasta jadi pemacu utama disokong sektor luaran.

2. Kecuali sektor pertanian, kesemua sektor lain dijangka berkembang dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal menjadi sektor utama.
3. Inflasi keseluruhan diunjur antara 2.5 hingga 3.5 peratus pada 2016 disebabkan peningkatan kos hidup yang memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

4. Polisi monetari 2016 akan memberi tumpuan kepada keadaan monetari agar ia kekal menyokong pertumbuhan domestik dan kestabilan harga.
5. Institusi kewangan di Malaysia mempunyai permodalan kukuh dan kecairan untuk menampan cabaran pasaran dan mengekalkan keuntungan.

6. Kedudukan kewangan BNM kekal stabil pada 2015 dengan jumlah aset keseluruhan bernilai RM440.6 bilion meningkat berbanding tahun 2014 pada RM427.6 bilion.

7. Manakala rizab antarabangsa berada pada RM409.1 billion (AS$95.3 bilion) berbanding RM405.3 bilion pada 2014.

8. Untung bersih dicatatkan pada nilai RM7.79 bilion satu peningkatan berbanding RM6.4 bilion pada 2014.

9. Manakala serahan dividen kepada kerajaan pada 2015 kekal pada jumlah RM3.0 bilion sama seperti tahun sebelumnya.

10. Hutang luar negara Malaysia berjumlah RM833.7 bilion meningkat sediikit berbanding 2014 pada  RM747.5 bilion disebabkan kemerosotan nilai Ringgit berbanding mata wang utama.