awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 negara termasuk Malaysia meterai Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik

Bernama
Bernama
04/02/2016
00:53 MYT
12 negara termasuk Malaysia meterai Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik
Majlis penandatanganan TPPA di ibu negara New Zealand ini adalah hasil rundingan yang sukar yang mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan.
Dua belas negara, termasuk Malaysia, menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di sini pada Khamis, pakatan perdagangan yang dijangka meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menandatangani perjanjian perdagangan bebas komprehensif abad ke-21 bagi pihak Malaysia.
Pakatan perdagangan itu mewakili hampir 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai AS$30 trilion.
Majlis penandatanganan TPPA di ibu negara New Zealand ini adalah hasil rundingan yang sukar yang mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan.
Dua belas negara anggota TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia. Sebahagian besar negara berkenaan merupakan rakan dagang utama Malaysia. TPPA bermatlamat menggalakkan penyepaduan ekonomi bagi meliberalisasikan perdagangan dan pelaburan, selain merangsang pertumbuhan ekonomi serta manfaat sosial. Lebih daripada 90 peratus manfaat ekonomi disumbangan menerusi langkah-langkah bukan tarif yang lebih rendah. Ia juga dijangka mewujudkan peluang-peluang baharu untuk pekerja dan perniagaan, menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup 600 juta penduduk, memberi manfaat kepada pengguna, mengurangkan kemiskinan serta menggalakkan pertumbuhan mampan.
BACA: 12 tandatangan dan termaktub perjanjian perdagangan baharu TPPA
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#New Zealand
#pelaburan asing
#perdagangan antarabangsa
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan