awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Nilai tujuh pemain warisan 'hangus' sekelip mata
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB akan bukti kemampuannya kurangkan paras hutang

Bernama
Bernama
10/06/2015
00:03 MYT
1MDB akan bukti kemampuannya kurangkan paras hutang
1MDB dan Kementerian Kewangan sewajarnya diberi masa serta peluang untuk meneruskan usaha itu.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka mengambil langkah tambahan bagi mengurangkan paras keseluruhan hutangnya selepas membuat membuat bayaran balik pinjaman sebanyak AS$975 juta (RM3.6 bilion).
Syarikat pelaburan strategik itu juga akan membuat pengumuman lanjut pada minggu-minggu akan datang yang turut menyaksikan lebih banyak pembayaran balik hutangnya.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan dan Kementerian Kewangan sewajarnya diberi masa serta peluang untuk meneruskan usaha itu dalam usaha memastikan lebih banyak perkembangan berkaitan, dapat dicapai.
Semalam, 1MDB telah membuat bayaran penuh pinjamannya berjumlah AS$975 juta kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa, seiring pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kabinet.
Matlamat utama pelan itu adalah untuk mengurangkan paras keseluruhan hutangnya sebanyak RM42 bilion dalam akaun kewangan terakhirnya.
Bayaran balik itu dibuat kurang 10 hari selepas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan itu kepada Kabinet pada 29 Mei lepas.
1MDB telah membuat bayaran penuh AS$975 juta itu yang berbulan-bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.
Berikutan itu, 1MDB telah mengurangkan hutang sebanyak RM3.6 bilion iaitu hampir lapan peratus daripada jumlah hutangnya.
Ini turut memaparkan komitmen serta kemampuan 1MDB dan Kementerian Kewangan menangani paras hutang syarikat berkenaan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda Kandasamy
#hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan