awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB jamin bayar kompaun pada atau sebelum tarikh ditetapkan Bank Negara

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2016
14:05 MYT
1MDB jamin bayar kompaun pada atau sebelum tarikh ditetapkan Bank Negara
Surat kompaun itu menyebut 1MDB dikehendaki menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara. - Gambar fail
1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi jaminan akan membuat pembayaran kompaun pentadbiran pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan Bank Negara Malaysia.
1MDB dalam satu kenyataan hari ini menegaskan syarikatnya akur dengan tindakan BNM mengenakan denda atas kegagalannya mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
BNM hari ini telah mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB susulan keizinan daripada peguam negara sebelum mengenakan denda tersebut.
BACA: Bank Negara denda 1MDB
Surat kompaun itu menyebut 1MDB dikehendaki menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara.
Ini berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.
1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan BNM berhubungan ketidakupayaan syarikat tersebut untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik ini.
1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei depan untuk membayar kompaun tersebut.
Pembayaran kompaun ini menandakan tamatnya siasatan bnm berhubung ketidakpatuhan terhadap peraturan dan pengawalan BNM.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bank Negara Malaysia
#kompaun pentadbiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan