awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Peguam Negara sahkan ada arahan untuk siasatan lanjut

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
31/10/2017
10:48 MYT
1MDB: Peguam Negara sahkan ada arahan untuk siasatan lanjut
Mohamed Apandi tidak dapat mendedahkan butirannya memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan. - Gambar fail
Siasatan lanjut yang sedang dibuat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jabatan Peguam Negara adalah kerana masih ada aspek dalam kes terbabit yang ingin dilihat secara lebih mendalam.
Namun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak dapat mendedahkan butirannya memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
"Kertas siasatan sentiasa dirujuk kepada kami dan selepas diteliti, sekiranya ada yang kami rasakan tidak cukup di bahagian tertentu, kami akan arahkan untuk siasatan lanjut.
"Namun, aspek tersebut saya tidak boleh kongsikan kerana ianya sulit memandangkan siasatan masih berjalan," kata beliau pada majlis menyerah sumbangan Tabung Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Aras 3, Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman dalam satu jawapan bertulis di Parlimen berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan Peguam Negara pada 24 Oktober lalu.
Kenyataan itu dibuat dalam jawapan bertulis kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pada sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.
Gobind sebelum itu bertanyakan status siasatan 1MDB dan mengapa terdapat kelewatan dalam melengkapkan siasatan tersebut.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Azalina Othman Said
#DAP Puchong
#Dewan Rakyat
#Gobind Singh Deo
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan