Langkah ketara yang dilaksanakan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerusi pelan rasionalisasinya akan mengurangkan hutang syarikat dengan ketara, dan dalam jangka masa panjang,
memastikan kemampanannya, katanya.
Berdasarkan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, 1MDB memberi tumpuan dalam proses menjayakan pelaksanaan pelan rasionalisasi itu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Tindakan oleh 1MDB itu akan mengurangkan hutang dan memastikan kemampanan tiga asas teras kami iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy," katanya dalam maklumat terkini mengenai pelan rasionalisasi itu.
Pada masa ini syarikat itu bekerjasama penuh dengan menyediakan maklumat kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan secara profesional dan teratur, katanya.
Syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu melaksanakan kajian semula strategik pada Januari 2015, dan memperakui perlunya untuk menyepadukan aktiviti syarikat, meningkatkan tadbir urus dan menjana wang daripada aset untuk mengurangkan hutang.
Tindakan segera daripada kajian semula strategik itu ialah melaksanakan usaha sama dengan Lend Lease Australia pada Mac 2015 bagi membangunkan 17 daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).
1MDB juga melaksanakan pelbagai langkah konkrit bagi mengurangkan hutang syarikat serta memastikan nilai maksimum yang dijananya. Antara lain, pada 8 Jun 2015, ia menyelesaikan pembayaran pinjaman US$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion).
Ini terhasil daripada perjanjian terikat dengan International Petroleum Investment Company yang mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.
Pada 30 Jun, 2015, 1MDB mengumumkan cadangannya untuk melantik perunding bebas hartanah bagi membantu mengkaji semula penyataan minat yang diterima ke atas tanah syarikat di Air Itam dan Pulau Indah.
Perunding bebas hartanah itu, CH Williams Talhar and Wong, secara berasingan pula menerima penyataan minat daripada lebih 40 pihak tempatan dan antarabangsa untuk menjadi rakan pembangunan ke atas 486 ekar projek kami di Bandar Malaysia.
Selain itu, 1MDB juga menerima tawaran tidak terikat daripada pihak tempatan dan antarabangsa bersabit proses menjana wang menerusi pelaburan kami dalam Edra Global Energy Bhd.
Bernama
Sat Jul 18 2015
1MDB juga menerima tawaran tidak terikat daripada pihak tempatan dan antarabangsa bersabit proses menjana wang menerusi pelaburan kami dalam Edra Global Energy Bhd.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.