Satu laporan polis akan dibuat berhubung dana yang dikaitkan untuk pembangunan TRX City Sdn Bhd (TRXC) yang diseleweng 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika masih menjadi anak syarikat berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azmar Talib dalam satu kenyataan hari ini, TRXC turut menyambut baik sokongan Kementerian Kewangan bagi menyiapkan pembangunan Tun Razak Exchange.

“TRXC berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mempunyai keyakinan terhadap TRX, sekaligus menyakinkan para pelabur yang akan melihat komitmen itu secara positif keranan mengesahkan pendirian pro-perniagaan kerajaan,” ujarnya.

Azmar menambah, pihaknya telah membuat kemajuan besar dengan projek tersebut dan menarik para pelabur bertaraf dunia.

“Dengan sokongan yang amat diperlukan ini, TRXC berharap dapat menyiapkan projek itu mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan,” tambahnya.