Seramai 50,882 peniaga dalam talian di seluruh negara telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga 12 Mei lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata terdapat trend peningkatan pendaftaran perniagaan dalam talian yang direkodkan sejak 2015 dengan purata 1,000 perniagaan dalam sebulan.
"Saya melihat perkembangan dunia perniagaan terutama perniagaan dalam talian ini berkembang dari tahun ke tahun. Namun, daripada jumlah itu kami anggarkan ramai lagi peniaga dalam talian masih gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
"SSM berharap lebih ramai akan berdaftar dengan kami bagi mematuhi akta yang ditetapkan dan bagi melindungi hak pengguna sebagai pembeli kerana apabila ada kes penipuan, tindakan boleh dikenakan ke atas penjual berdaftar, jika sebaliknya proses untuk tindakan sukar dilakukan," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Karnival One SSM peringkat Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Karnival selama tiga hari bermula Jumaat itu adalah untuk membantu golongan usahawan terutamanya peniaga dalam talian mengembangkan perniagaan mereka dan ia dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Pada majlis itu Memorandum Persefahaman (MoU) antara SSM dan Lazada turut ditandatangani, Zahrah mewakili SSM manakala syarikat e-dagang berkenaan diwakili Ketua Pegawai Operasi Malaysianya, Kevin Lee Fong Siang.
Zahrah berkata antara faedah yang diperoleh menerusi MoU itu ialah menjaga kepentingan peniaga dalam talian yang semakin ramai di samping dapat merangsang perkembangan ekonomi e-dagang serta menyediakan platform atau kemudahan pendaftaran perniagaan dalam talian secara bersepadu kepada peniaga.
Katanya Lazada juga akan menyediakan latihan secara percuma kepada peniaga dalam talian dan ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk memperluas perniagaan.
"Selain itu, Lazada juga menawarkan pelbagai pakej menarik kepada penjual yang berdaftar dengan SSM antaranya 50 peratus diskaun terhadap komisen kepada Lazada pada bulan pertama," katanya.
Sementara itu, Kevin berkata pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan SSM untuk membangunkan industri e-dagang dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia.
"Menerusi MoU itu, kami akan mewujudkan peluang dan ruang untuk rakyat Malaysia menerokai bagaimana menjadi seorang peniaga dalam talian yang berjaya dan mendidik mereka mencapai potensi yang lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2017
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin (belakang, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara SSM dan Lazada malam tadi. -- Foto Bernama
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
'Sekurang-kurangnya kita tahu mana intan, mana kaca' - Hamzah
Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan, dakwa Anwar tak ikut Peraturan Mesyuarat
Hamzah berkata tindakan Anwar memberikan penerangan tersebut di tengah-tengah sesi Perbahasan Titah Diraja sebagai menyalahgunakan 'sokongan majoriti' yang dimiliki oleh kerajaan.
PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan
Hamzah berkata, perubahan pada jawatankuasa portfolio dibuat mengikut kedudukan Kabinet sedia ada dengan memberi fokus kepada isu utama.
Pengampunan Najib: Mengapa tidak diumumkan lebih awal?
Hamzah menyelar tindakan Kerajaan Madani yang terlewat memaklumkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.
Bersatu umum dukung kepimpinan Muhyiddin, ambil tindakan terhadap wakil rakyat khianati parti
Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyatnya yang khianat.
Ahli pembangkang tak tahu Langkah Dubai - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ahli pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai seperti yang hangat diperkatakan kini.
Kenyataan media 118 Ahli Parlimen PN menghadap Agong adalah palsu
Pejabat Ketua Pembangkang memaklumkan, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial, adalah palsu.
Hadiah ulang tahun pertama kegagalan pentadbiran Anwar - Hamzah
Kemenangan besar itu menandakan secara jelas lagi bersuluh bahawa PN adalah wadah utama politik orang Melayu, kata Hamzah.
'Peruntukan pembangkang belum ditentukan kerana Hamzah belum bincang' - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang belum dapat ditentukan.