Sebanyak 65,000 pekerjaan baru akan dihasilkan di negeri Johor, menurut Exco Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Menurut beliau rakyat Johor khususnya, dan rakyat Malaysia amnya, akan memenuhi keperluan pekerjaan ini.

Apabila ditanya samada peluang pekerjaan ini akan pergi ke pekerja asing, beliau menjawab, "Kebanyakan peluang pekerjaan ini akan tertumpu kepada rakyat negara ini".

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas menyempurnakan pelancaran kilang IBS di Forest City Johor.

IBS adalah sistem pembinaan baru yang boleh menjadikan proses pembinaan lebih efisyen.

Country Garden Pacificview akan membina Forest City, yang keluasannya satu perempat saiz Petaling Jaya, iaitu seluas 20 KM persegi.

Semua pembinaan akan dilakukan di atas laut, secara reclamation land (tanah tambak).

Datuk Tee menambah, kerajaan negeri telah berjaya menghasilkan peluang pekerjaan ini terutamanya di sektor pembuatan.

"Pelabur asing, terutamanya dari negeri Cina telah melabur jutaan ringgit untuk membangunkan negeri Johor.

"Sebanyak 45% jumlah pelaburan di Malaysia untuk tahun ini tertumpu di Johor," kata beliau lagi.