awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
Penubuhan Ombudsman bakal perkukuh tadbir urus, skor CPI negara - Pengerusi EAIC
Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmBank Research kekalkan sasaran inflasi 2019 pada 1.0 peratus

Bernama
Bernama
27/05/2019
04:52 MYT
AmBank Research kekalkan sasaran inflasi 2019 pada 1.0 peratus
Inflasi teras dijangkakan tidak berubah dalam jangka terdekat, disokong oleh sentimen domestik yang lemah serta harga minyak mentah dunia yang turun naik. - Gambar hiasan
AmBank Research mengekalkan sasaran inflasi setahun penuh pada satu peratus, dan yakin Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar selepas melaksanakan pengurangan pada awal Mei.
Dalam nota kajiannya, ia berkata inflasi teras dijangkakan tidak berubah dalam jangka terdekat, disokong oleh sentimen domestik yang lemah serta harga minyak mentah dunia yang turun naik.
"Kami menjangkakan sebarang peningkatan dalam inflasi disebabkan oleh kesan asas yang rendah ekoran pelepasan cukai tiga bulan pada 2018, selain ringgit yang lemah berbanding dolar AS, yang mencatat kerugian setakat ini tahun ini pada paras 1.3 peratus hingga 4.19," katanya.
AmBank Research berkata inflasi teras yang dibaca pada 0.2 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah sejak Mac, namun tidak memenuhi unjuran pasaran sebanyak 0.4 peratus.
"Bagaimanapun, tekanan inflasi masih kekal di paras negatif, dengan purata empat bulan pertama pada -0.2 peratus, manakala inflasi teras pada April meningkat pada kadar yang sama pada Mac, pada 0.5 peratus tahun ke tahun," kajian firma penyelidikan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ambank Research
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#harga minyak dunia
#Inflasi
#pelepasan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan