Moby Fintech Sdn Bhd, syarikat baru dalam teknologi kewangan (fintech) tempatan melancarkan aplikasi pemudah keputusan kewangan, Mobylize, untuk meningkatkan kesedaran kredit pengguna.
Melalui aplikasi Mobylize, pengguna dapat dipadankan dengan produk dan perkhidmatan kewangan yang bersesuaian dengan penilaian kredit, justeru meningkatkan peluang bagi mendapat kelulusan pinjaman dari institusi kewangan.
Aplikasi ini juga membolehkan para pengguna mendapatkan skor kredit dan analisis kredit yang dikeluarkan oleh Credit Bureau Malaysia secara percuma.
Selain itu, aplikasi ini juga dilengkapi kebolehan membuat keputusan untuk memadankan produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan kedudukan kewangan mereka di samping membantu meningkatkan kualiti kredit.
Menurut pengasas Mobylize Rian Philip, penilaian kredit memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya celik kewangan seseorang tetapi sering diabaikan oleh rakyat Malaysia.
“Ia adalah kayu pengukur yang berguna untuk memahami kesihatan kewangan seseorang namun tidak ramai orang memahaminya,” ujarnya.
Beliau menambah bahawa aplikasi Mobylize membolehkan rakyat Malaysia memahami penilaian kredit mereka dengan memberikan analisis kredit yang mudah difahami.
Dari aplikasi ini, pengguna dapat memantau dan memahami bagaimana faktor yang berkaitan dengan tingkah laku kredit mereka seperti penggunaan kemudahan kredit, penggunaan had kredit, sejarah pembayaran dan lain-lain lagi menjejaskan skor kredit mereka.
Ia juga menyediakan tip berguna dan penyelesaian khusus untuk membantu pengguna meningkatkan skor kredit mereka dan mengurangkan risiko hutang tidak berbayar.
“Kami berharap agar semua pengguna aplikasi Mobylize akan sentiasa mengekalkan penilaian kredit yang positif supaya mereka boleh mendapat kemudahan kredit apabila mereka memerlukan pinjaman.
“Matlamat utama kami adalah untuk mengalihkan kuasa membuat keputusan dari institusi kewangan kepada pengguna. Dengan itu, algoritma aplikasi ini telah diselaraskan untuk memadankan produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai dengan profil kredit pengguna.
“Dengan cara ini, pengguna tidak perlu meneka kelayakan mereka untuk mendapatkan pinjaman Bank. Aplikasi ini juga memberi pengguna gambaran yang baik tentang pilihan yang ada supaya mereka dapat memilih produk kewangan yang memberi faedah dengan kadar yang terbaik,” kata Philip.
Aplikasi yang kini boleh dimuat turun dari Google Play Store ini juga akan mengajukan kepada pengguna soalan-soalan berkaitan gaya hidup mereka dari semasa ke semasa.
Philip menjelaskan bahawa soalan-soalan ini penting dalam membantu algoritma aplikasi memahami faktor gaya hidup pengguna yang tidak tertulis di dalam laporan kredit seperti pendapatan, tabiat berjimat dan corak perbelanjaan. Dengan pemahaman ini, aplikasinya akan dapat memberikan petua-petua khusus dan cadangan peribadi yang lebih tepat untuk membantu meningkatkan penilaian kredit seseorang.
Astro Awani
Mon Mar 11 2019
Rakyat Malaysia kini boleh memahami penilaian kredit mereka dengan memberikan analisis kredit yang mudah difahami. - Gambar hiasan
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.
Pelancong, nomad digital kini boleh berbelanja seperti lokal
Di sebalik kadar positif kemasukan pelancong asing, Malaysia memerlukan lebih banyak perbelanjaan antarabangsa dalam usaha negara menghasilkan pengalaman percutian yang berkualiti.
Satu aplikasi untuk semua perkhidmatan bas di Lembah Klang akhir tahun ini
Aplikasi berkenaan kini dalam peringkat mengumpul data dan diusahakan bersama antara tiga operator bas.
Kolaborasi Astro - Qalbox tawar program Islamik terbaik
Kerjasama strategik ini memberi pelanggan Astro pilihan kandungan berfokuskan Islam yang lebih pelbagai, sekali gus memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
Aplikasi kumpul data, kesan kawasan panas gangguan seksual
Sisterhood Alliance memperkenalkan aplikasi Safecity yang dibangunkan di India, sebagai platform untuk mangsa 'bersuara' tanpa gusar.
Aplikasi temu janji Muslim, Muzz, kalah rayuan terhadap Match Group
Muzz telah mengkritik keputusan itu, menyifatkan tindakan undang-undang itu "sangat membimbangkan bagi start-ups lain dalam sektor temu janji".
WhatsApp akan benarkan seramai 1,024 dalam 'group chat'
WhatsApp bakal meningkatkan had jumlah ahli mesej berkumpulan (group chat) kepada seramai 1,024 berbanding had seramai 512 ahli ketika ini.
Perak lancar aplikasi Talent Perak, mudahkan urusan mencari kerja
Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi Talent Perak bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda di negeri ini.
Wujudkan platform salur penemuan penyu secara terus
Penggunaan aplikasi dan nombor kecemasan lebih praktikal untuk digunakan orang awam berbanding talian telefon rasmi.