awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple lancar kad kredit Apple Card

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
25/03/2019
20:59 MYT
Apple lancar kad kredit Apple Card
Kad kredit keluaran Apple akan dikendalikan bersama dengan bank pelaburan terkemuka dunia - Goldman Sachs dengan kerjasama MasterCard. - Foto REUTERS
Syarikat gergasi tekonologi Amerika Syarikat, Apple pada Isnin mengumumkan bakal melancarkan perkhidmatan kad kreditnya sendiri.
Kad kredit keluaran Apple akan dikendalikan bersama dengan bank pelaburan terkemuka dunia - Goldman Sachs dengan kerjasama MasterCard.
Kad ini terikat dengan Apple Pay, sebuah perkhidmatan yang membolehkan orang ramai memuatkan maklumat perbankan dan membayar di kedai atau menggunakannya untuk pembelian secara dalam talian.
Ia berfungsi secara global dan di mana shaja Apple Pay diterima, membolehkan pengguna menjejaki perbelanjaan dalam aplikasi e-Wallet, dan memberi tumpuan kepada privasi transaksi.
Kad ini juga memberikan khidmat pengembalian tunai, atau cashback sebanyak dua peratus atas semua pembelian yang menggunakan Apple Card. Cashback sebanyak tiga peratus diberikan sekiranya terdapat pembelian barangan Apple sendiri jika digunakan di Apple Store.
Kad ini tiada caj-caj biasa sepertimana didapati oleh kad kredit yang lain, seperti urus niaga tahunan.
"Apple dan Goldman Sachs tidak akan berkongsi data pengguna dengan rakan kongsi dan pengiklan. Apple juga akan menawarkan kad kredit titanium dengan etsa laser di lokasi di mana Apple Pay tidak diterima. Kad Apple yang secara fizikal tanpa mempunyai nombor kad, akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan kad dengan Apple Pay," kata Naib Presiden Apple Pay, Jennifer Bailey,
Apple dan Goldman memasuki pasaran kredit pengguna yang sangat berdaya saing, di mana bank-bank telah menawarkan ganjaran mewah untuk menggalakkan pengguna untuk menggunakan kredit melalui kad mereka.
Topic Berkaitan
#Apple
#bank
#California
#Goldman Sachs
#iPhone
#kad kredit
#pelaburan
#peniaga
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan