awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro catat keputusan kewangan berdaya tahan, disokong pengoptimuman kos

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2020
10:03 MYT
Astro catat keputusan kewangan berdaya tahan, disokong pengoptimuman kos
Menurut Tun Zaki, Astro terus menjana pendapatan tunai dan mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat. - Gambar fail
Astro Malaysia Holdings Bhd merekodkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) lebih tinggi kepada RM657 juta, naik 17 peratus, di sebalik kemerosotan perolehan tahunan sebanyak 10 peratus.
Menurut Pengerusinya, Tun Zaki, walau wujud halangan dalam persekitaran ekonomi global dan cabaran dalam landskap media pada tahun kewangan lalu, Astro terus menjana pendapatan tunai dan mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat.
"Berikutan wabak COVID-19, Lembaga Pengarah memutuskan untuk mengambil langkah berhemah dengan mensederhanakan dividen interim keempat kepada 1.5 sen sesaham," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan berkata, keputusan kewangan ini menggambarkan daya tahan syarikat dalam persekitaran operasi yang mencabar dan ditambah pula dengan ancaman cetak rompak.
"Kita mencatatkan pertumbuhan PATAMI dengan mengoptimumkan kos dan mengukuhkan kedudukan kita sebagai destinasi hiburan dan gerbang untuk setiap isi rumah melalui perkhidmatan TV berbayar, NJOI, Penjualan dan Jalur Lebar," katanya.
Pada masa sama, Henry tidak menolak bahawa sektor perniagaan kini berdepan dengan cabaran sosial dan ekonomi akibat wabak COVID-19.
"Walaupun kita terus bersiaran seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Perjalanan, kita juga sudah mengaktifkan pelan penerusan perniagaan dan juga menjamin keselamatan pekerja kita.
"Kumpulan kami kini dibahagikan di beberapa lokasi dengan kebanyakan mereka bekerja dari rumah.
"Kami di Astro tetap berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa dimaklumkan dan dihiburkan semasa tempoh yang mencabar ini," tegas Henry.
Topic Berkaitan
#Astro
#cukai
#ekonomi
#hiburan
#keselamatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#operasi
#rakyat
#rakyat Malaysia
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan