Astro memperkenalkan ‘Boo’, Destinasi Seram Asia, yang bakal menyaksikan perkara-perkara yang paling mengerikan, menakutkan dan cukup memualkan serta luar dari imaginasi anda ke skrin televisyen rumah anda!
Jika anda rasakan kegerunan dan keganasan mampu menggegarkan dunia anda, maka Boo merupakan destinasi terbaik untuk anda nikmati program-program Asia yang cukup mengerikan dan mendebarkan ini menerusi On Demand (yang boleh diakses menerusi sambungan PVR)! Selain itu, ia juga boleh didapati di aplikasi Astro on the Go dan juga siaran TV linear, saluran 404 berdefinisi tinggi, bermula 31 Oktober 2016 pada kadar RM 6.35 sebulan (termasuk GST).
Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi, Astro berkata, “Setiap daripada kita punyai pengalaman seram atau kisah yang ingin dikongsikan; cerita mengenai hantu dan dunia mistik sangat menebal dalam budaya Asia sehinggakan tidaklah sukar untuk menggali kisah-kisah seram yang bernilai ini”.
“Genre seram dan mistik merupakan antara kegemaran para penonton maka pelancaran Boo pada hari ini adalah tepat pada masanya, dan kami percaya Boo dan kandungan vernakular Asia yang seangkatan dengannya mampu pergi lebih jauh lagi dari pasaran Malaysia dan menambat hati penonton di seluruh rantau Asia Tenggara”.
Antara filem yang akan menghantui senarai Boo termasuklah psiko-thriller, komedi seram, aksi-seram dan banyak lagi termasuklah tayangan filem baharu pada setiap Jumaat.
Sewaktu majlis pelancarannya, Boo turut telah menyiarkan selingan video eksklusif filem-filem menggerunkan dari Thailand, “Grace” yang mengisahkan seorang bekas idola Internet dan peminat nombor satunya serta percubaan mereka menculik idola Internet generasi kini; legenda urban The Little Girl In Red dalam filem Taiwan, “The Tag-Along”; kisah penuh berhantu “Ghost Sense” yang juga dari Thailand; dan sebuah filem paranormal Indonesia, “Misterius”.
Boo akan juga menghantui penonton menerusi filem-filem klasik Thailand dan Jepun, “Nangnak” dan “Shutter”, "JU ON: White Ghost & Black Ghost", "Battle Royale” dan judul-judul popular tempatan seperti “Jangan Pandang Belakang Boleh?”, “Kami Histeria”, “Hantu Tok Mudim” dan “Spicy Killers”.
Dengan semua judul filem boleh didapati di On Demand, pelanggan Astro digalakkan menyambung sambungan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses filem-filem Boo mengikut keselesaan mereka ataupun menontonnya di aplikasi Astro on The Go, sebagai tambahan kepada tontonan di layar TV menerusi saluran 404 dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM 6.35 (termasuk GST), mulai 31 Oktober 2016.
Langgan Boo hari ini dan nikmati akses tontonan komplimentari sehingga 21 November 2016. Pelanggan boleh juga menamatkan langganan sebelum 21 November tanpa sebarang bayaran tambahan.
Boo turut boleh dilanggan pelanggan NJOI melalui Prabayar NJOI pada harga RM 16.90 (termasuk GST) untuk 30 hari tontonan dan pada harga RM 5.30 (termasuk GST) untuk 3 hari tontonan bermula 24 November 2016.
Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan saluran Boo, layari www.astro.com.my/boo atau menerusi saluran 200.
Astro Awani
Tue Nov 01 2016
Boo turut boleh dilanggan pelanggan NJOI melalui Prabayar NJOI pada harga RM 16.90 (termasuk GST) untuk 30 hari tontonan dan pada harga RM 5.30 (termasuk GST) untuk 3 hari tontonan bermula 24 November 2016. - Foto Astro AWANI
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.