Ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada kadar yang agak sederhana, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka mencatatkan 4.6 peratus pada 2019, kata Bank Dunia.
Ahli ekonomi utama dalam makroekonomi, perdagangan dan pelaburan Richard Record berkata KDNK mencatatkan 0.1 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini, mencerminkan aktiviti pelaburan dan eksport yang lebih lemah berbanding unjuran pada suku pertama (Q1) 2019.
Pada April Bank Dunia mengekalkan unjuran KDNK pada 4.7 peratus.
"Risiko berpotensi ke atas pertumbuhan termasuk perkara berkaitan ketegangan perdagangan, pertumbuhan ekonomi utama yang lebih perlahan berbanding jangkaan, selain ketidakstabilan dalam pasaran kewangan dan komoditi.
"Kadar hutang swasta dan awam yang agak tinggi juga menimbulkan risiko kepada pertumbuhan," katanya pada sidang akhbar pada Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ke-12, 2021-2025, di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun penggunaan swasta dijangka terus menyokong permintaan dalam negeri, pertumbuhannya dijangkakan berkurangan kepada 6.6 peratus tahun ini.
Ini berikutan pengembangan yang teguh pada 2018, terutama semasa tempoh GST berkadar sifar.
"Dalam sektor awam, rasionalisasi berterusan perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan sumbangannya berkurangan, dengan kadar pertumbuhan dijangkakan bertahan pada 1.8 peratus bagi tahun ini," kata Record.
Sementara itu, Malaysia terus berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2024.
"Pendapatan negara kasar (GNI) per kapita Malaysia berjumlah AS$10,460 pada 2018, AS$1,915 di bawah had AS$12,375 yang ditetapkan oleh Bank Dunia dalam menentukan status negara berpendapatan tinggi," kata Record.
Beliau berkata Malaysia boleh mencapai had yang lebih tinggi daripada ang ditetapkan pada satu ketika antara 2021 dan 2024.
"Seiring penyertaan ekonomi Malaysia dan ekonomi berpendapatan tinggi, perhatian harus diberikan kepada aspek-aspek pembangunan dan kesejahteraan masyarakat secara lebih luas seperti kesihatan, pendidikan dan pengagihan kekayaan, yang tidak dicapai secukupnya hasil dari segi peningkatan dalam pendapatan per kapita," katanya.
Menurut edisi ke-20 Pemantauan Ekonomi Bank Dunia (MEM) yang dilancarkan hari ini, dasar harus ditumoukan kepada usaha untuk meningkatkan daya tahan dan melindungi golongan yang lemah dalam jangka pendek.
Laporan itu menyebut penampan dasar fiskal perlu dibangunkan selain memudahkan pelaburan swasta dan memastikan perlindungan sosial yang mencukupi untuk isi rumah berpendapatan rendah yang mudah terjejas.
"Asas pendapatan kerajaan juga perlu dipeluas menerusi usaha dalam mengembangkan dan meningkatkan sistem perlindungan sosial ke arah kemajuan yang lebih baik secara menyeluruh.
"Langkah yang dirancang kerajaan untuk melaksanakan rangka kerja subsidi bahan bakar bersasar boleh meningkatkan simpanan untuk dilaburkan semula dalam program kebajikan sosial utama," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
KDNK mencatatkan 0.1 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini, mencerminkan aktiviti pelaburan dan eksport yang lebih lemah berbanding unjuran pada suku pertama (Q1) 2019. - Unsplash
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini
Permintaan domestik terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.
Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran
Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
Industri perbankan kini hadapi saingan platform pembayaran - Bank Dunia
Industri perbankan kini menghadapi saingan daripada platform pembayaran yang sebelum ini tidak bermula sebagai bank atau platform pembayaran.
Malaysia perlu lebih banyak langkah untuk nilai pencapaian dasar, inisiatif - Bank Dunia
Malaysia masih kurang dalam penelitian awam tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalu, terutamanya dengan dana awam.