Sektor swasta, terutamanya bank-bank komersial, mempunyai peranan penting dalam memastikan ekonomi Malaysia kekal utuh dalam jangka masa panjang, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
Dalam kenyataan hari ini, katanya institusi perbankan komersial boleh membantu menyokong ekonomi dengan berkesan menggunakan mudah tunai yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan memberi pinjaman kepada perniagaan yang memerlukan seperti perusahaan kecil dan sederhana dengan prospek yang baik.
"Ini berdasarkan pengalaman daripada krisis kewangan global (2008-2009) yang menunjukkan pertumbuhan pinjaman meningkat dengan perlahan di Amerika Syarikat (AS) menjadi sebab utama di sebalik pemulihan ekonomi, walaupun suntikan mudah tunai yang besar oleh Rizab Persekutuan AS melalui dasar pelonggaran kuantitatif," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
MARC berkata sektor perbankan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding kemelesetan pada 1998 dan 2009.
Pada Februari 2020, jumlah nisbah modal sektor itu lebih tinggi pada 18.4 peratus berbanding 12.6 peratus pada 2009.
Kualiti aset tetap stabil pada tahun lepas dengan nisbah susut nilai pinjaman kasar (GIL) pada akhir tahun sebanyak 1.5 peratus.
"Berdasarkan senario semasa, bagaimanapun, pinjaman terjejas boleh meningkat, dan pinjaman kepada perniagaan akan berisiko.
"Bagaimanapun, penting untuk mengetahui jika perniagaan tidak mendapat bantuan yang diperlukan, mungkin terdapat implikasi ekonomi yang lebih besar.
"GIL bank boleh meningkat kepada paras lebih tinggi dan ini akan menjadi beban ekonomi yang lebih berat kepada bank," katanya.
Semalam, Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata berdasarkan ujian tekanan yang dijalankan ke atas sektor perbankan, impak ekonomi dan kewangan daripada perkembangan ini berada dalam julat kejutan yang terpakai dalam senario yang tidak menggalakkan dalam ujian tekanannya.
"Kami melihat daya tahan sektor perbankan kita sebagai aspek yang penting. Ujian tekanan tidak termasuk sebarang campur tangan dasar oleh pihak berkuasa dan tindakan kewangan yang mungkin diambil oleh institusi perbankan itu sendiri.
"Dalam senario hari ini, bank dan pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengurangkan impak," katanya.
Dalam Laporan Tahunan 2019 yang dikeluarkan semalam, BNM mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada dalam julat antara -0.2 peratus dan 0.5 peratus pada tahun ini berikutan impak daripada pandemik COVID-19 ke atas ekonomi global dan domestik.
MARC turut berkongsi pandangan BNM mengenai jangkaan kemerosotan ekonomi Malaysia pada 2020, berikutan perniagaan yang terjejas oleh pandemik tersebut.
Katanya kerajaan telah menyediakan bantuan kepada individu dan perniagaan untuk membantu mereka menghadapi tempoh mencabar ini melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 04 2020
MARC berkata sektor perbankan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding kemelesetan pada 1998 dan 2009.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.