Pengumuman kerajaan berhubung bantuan peruntukan sehingga RM100 juta bagi membiayai program pembiayaan Technology Start-up Funding Relief Facility (TSFRF) disambut baik oleh syarikat-syarikat pemula atau ‘startup’.

Menurut Pengasas Everpeaks Joachim Sebastian peruntukan kepada Malaysia Debt Ventures (MDV) sudah pasti membantu ekosistem syarikat pemula.

‘Selama ini, syarikat permulaan tidak akan layak mendapat dana tradisional.

‘Oleh itu, hutang alternatif mekanisme pembiayaan dan pembiayaan ekuiti diperlukan untuk menyokong ini untuk terus bertahan akibat kesan wabak COVID-19,’ katanya dalam satu kenyataan.

Pengasas bersama ScaleUp Malaysia, Aaron Sarma berkata sebagai pembangun ekosistem, pihaknya berharap dapat meneruskan dialog bersama MOSTI, sambil menyediakan syarikat pemula sokongan yang diperlukan.

Pendapat sama turut dikongsi oleh Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia, Dr. Sivapalan Vivekarajah yang percaya ekosistem perlu bergerak bersama untuk menjalin usaha kolaborasi, bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan semata-semata.

Jelasnya, ini adalah satu-satunya cara untuk membentuk semula ekosistem syarikat pemula di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FUTURISE, Mahadhir Aziz berkata pihak mahu untuk meneroka dalam usaha menyalurkan projek inovasi pemula di bawah TSFRF kepada Futurity, yang juga Platform Inovasi Terbuka.

“Cadangan kami ialah Futurity boleh jadi platform di mana usaha fasa pemulihan boleh ditubuhkan dan diumumkan untuk MOSTI dan agensi-agensinya - MDV, MAVCAP, MTDC, Cradle, MaGIC,’ ujarnya.

TSFRF akan dilaksanakan MDV bermula 15 Mei ini dengan menyediakan bantuan kewangan bagi menampung aliran tunai seterusnya mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan syarikat- syarikat terpilih.

TSFRF terbuka kepada semua syarikat syarikat pemula teknologi milik rakyat tempatan dan majoriti pendapatan dijana dalam negara.

Maklumat lanjut mengenai TSFRF boleh diperolehi menerusi laman web MDV (www.mdv.com.my).

BACA: RM100 juta untuk biaya syarikat pemula