awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barisan baharu Lembaga Pengarah FIC diumum awal Februari

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2017
10:48 MYT
Barisan baharu Lembaga Pengarah FIC diumum awal Februari
Arahan peletakan jawatan itu adalah langkah pertama Shahrir susulan pengumumannya sebelum ini mengenai rombakan pengurusan yang besar dalam Felda. - Gambar fail
Barisan baharu Lembaga Pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dijangka diumum awal bulan depan.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memaklumkan satu perbincangan akan diadakan dengan pengurusan dan menteri bertanggungjawab sebelum pengumuman dibuat.
Shahrir memaklumkan beliau meminta semua anggota lembaga pengarah FIC meletak jawatan bertujuan memudahkannya menyusun semula anak syarikat Felda tersebut yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
“Itu cara memudahkan untuk saya meyusun semula FIC. Bermakna jika telah letak jawatan dia tidak boleh datang balik. Proses ini untuk memudahkan saya untuk menyusun semula. Sekarang ini pun FIC tiada CEO.
"Biar saya tengok balik semula bincang pengurusan dan bersama dengan menteri yang bertanggungjawab kita susun balik. Jadi memudahkan, kita suruh semua letak jawatan,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Padang Piol di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Arahan peletakan jawatan itu adalah langkah pertama Shahrir susulan pengumumannya sebelum ini mengenai rombakan pengurusan yang besar dalam Felda.
Ia susulan pelantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada 6 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#Felda
#FIC
#GFV
#Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
#Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan