Battersea Power Station menyasarkan nilai sehingga RM160.5 juta dan RM213.5 juta dalam produk serta perkhidmatan profesional Malaysia yang akan dipakai dalam fasa projek yang akan datang.
Projek penjanaan semula yang menyaksikan stesen janakuasa arang batu itu bertukar menjadi pembangunan campuran, dimiliki oleh satu konsortium pelabur Malaysia yang terdiri daripada SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
SP Setia dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pasukan Battersea telah bekerjasama rapat dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk mempromosikan pembekalan dari Malaysia terhadap projek di Central London itu dan akan melawat Malaysia tidak lama lagi bagi perbincangan dengan pembekal termasuk sebagai jaminan agar komponen Malaysia dalam skim ini akan terus berkembang.
Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Development Company Simon Murphy berkata stesen janakuasa itu dan fasa ketiga, yang merangkumi Malaysia Square, adalah keutamaan semasanya memandangkan syarikat sedang bersedia bagi pembukaan kedua-dua tarikan itu pada tahun depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, yang melawat tapak projek berkenaan pada hujung minggu berkata kerajaan komited untuk memberikan sokongan kepada para peniaga dan pembekal Malaysia supaya produk dan perkhidmatan mereka boleh dieksport ke United Kingdom (UK).
"Projek antarabangsa seperti Battersea Power Station menunjukkan keupayaan kita melalui penggunaan rantaian bekalan Malaysia dalam membina tempat-tempat yang hebat dan saya yakin, ini akan berterusan seiring dengan kemajuan skim itu," katanya.
Battersea Power Station akan dibuka kepada orang ramai pada 2021 dan ia menjadi tumpuan utama dalam kawasan tapak pembangunan semula seluas 16.99 hektar, yang dijangka akan menyumbang sebanyak lebih kurang GBP20 bilion (GBP1 = RM5.32) kepada ekonomi UK, menyediakan 20,000 pekerjaan baharu dan membantu mewujudkan Stesen Kereta Api Bawah Tanah London Zon 1 yang akan dihubungkan dengan Lanjutan Aliran Utara,
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
Battersea telah bekerjasama rapat dengan Matrade untuk mempromosikan pembekalan dari Malaysia terhadap projek di Central London. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
KWSP, PNB rancang beli aset Fasa 2 Battersea dengan harga RM8.8 bilion
Kedua-dua dana itu memeterai Perjanjian Dasar Induk dengan Battersea Phase 2 Holding Company untuk menimbang dengan teliti terma-terma jualan berpotensi.
Pelaburan di Battersea tidak wujudkan pengaliran keluar wang negara - Najib
Rakyat tidak perlu bimbang mengenai pengaliran wang negara untuk membiayai projek pembangunan bersepadu Jana Kuasa Battersea London.