awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2019: Bon Samurai bantu kurangkan hutang negara - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/11/2018
12:25 MYT
Belanjawan 2019: Bon Samurai bantu kurangkan hutang negara - Tun M
Melalui Bon Samurai itu, Tun Mahathir berkata, Malaysia akan mendapat kadar faedah yang rendah, iaitu 0.65 peratus, sekali gus memberi nilai yang lebih kepada pinjaman itu. - Gambar fail
Keputusan kerajaan untuk menerima tawaran Jepun bagi penerbitan bon bernilai RM7.4 bilion adalah perlu kerana ia dapat membantu mengurangkan beban hutang yang ditanggung pada masa kini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia berbeza dengan pinjaman yang dilakukan kerajaan terdahulu, kerana mereka hanya mendapat kadar faedah tujuh peratus sedangkan wang yang diterima hanya 90 peratus daripada jumlah yang dipersetujui.
Melalui Bon Samurai itu, Tun Mahathir berkata, Malaysia akan mendapat kadar faedah yang rendah, iaitu 0.65 peratus, sekali gus memberi nilai yang lebih kepada pinjaman itu.
“Kerajaan lepas meminjam dengan kadar faedah enam peratus, tetapi kadar itu dikenakan pada pinjaman 100 peratus, sedangkan wang yang diperolehi hanya 90 peratus. Kadar faedah itu sepatutnya pada 100 peratus, tetapi ia naik ke tujuh peratus.
“Jadi, apabila membandingkan (kadar faedah) tujuh peratus dan 0.65 peratus, sudah pasti ia satu pengurangan yang mendadak,” katanya kepada sidang media selepas Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam ucapan pembentangan itu, Guan Eng berkata, kerajaan Jepun bersetuju menjamin sehingga 200 bilion yen (lebih kurang RM7.4 bilion) untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun.
Ujarnya lagi, penerbitan ini akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.65% dan dijangka terbit sebelum Mac 2019.
Topic Berkaitan
#beban hutang
#bon samurai
#Japan Bank of International Cooperation
#Jepun
#Mahathir Mohamad
#penerbitan bon
#Perdana Menteri
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan