Pengasas Bersama badan penyelidikan, The Centre, Shahril Hamdan menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai tiada pencetus perubahan atau game changer.
Jelasnya, belanjawan berkenaan tidak signifikan dengan tahun 2020, malah beliau melihatnya sebagai hanya sebagai kesinambungan dari belanjawan tahun-tahun sebelum ini.
"Tidak ada game changer dan ia tidak menampakkan Belanjawan 2020, signifikannya (dengan) tahun tersebut dan tidak nampak ini adalah belanjawan selepas SPV 2030 (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030).
"Benda yang sama, benda yang serupa. Benda yang membawa kesinambungan daripada belanjawan-belanjawan sebelum ini, baik mereka atau BN sebelum ini. Ada beberapa perkara yang saya khuatir dan tidak berapa suka," katanya semasa menjadi tetamu pada program khas Belanjawan 2020 di Astro AWANI pada Jumaat.
Shahril melihat peruntukan RM500 sebulan kepada setiap graduan yang menganggur sebagai tidak wajar.
Ia berikutan peruntukan berkenaan sepatutnya diberikan kepada usaha memberikan latihan kepada graduan.
"Temanya baik, tetapi ada 'benda' yang kelakar. Nak tarik wanita ke pasaran kerja itu memang elok. Soal beri RM500 kepada graduan yang menganggur lebih 12 bulan selama 2 tahun. Bukanlah saya tak nak orang muda dapat free, tetapi ini kelakar sikitlah.
"Kalau saya menganggur 12 bulan dan mendapat kerja selepas bulan ke-13, saya dapat RM12,000. Itu yang saya nampak sepatutnya digunakan untuk latihan semula kepada graduan," ujarnya.
Malah, beliau juga mengakui tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan menerbitkan bon Samurai pada awal tahun depan.
Bagaimanapun beliau tetap senada dengan kerajaan berhubung usaha pendigitalan yang dilakukan untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Belanjawan ini nampak lebih digital bajet. Saya nampak ia mungkin memberi kesan pada Bumiputera," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Fri Oct 11 2019
Pengasas Bersama The Centre, Shahril Hamdan, menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai tiada pencetus perubahan atau 'game changer'. - Astro AWANI
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.