Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada tiga peratus.
Ini telah diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu mesyuarat di sini hari ini.
BNM dalam satu kenyataan, pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari adalah akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
"MPC akan terus menilai imbangan risiko, berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan kadar inflasi," katanya.
BNM berkata momentum pertumbuhan untuk Malaysia daripada separuh kedua tahun 2016, dijangka akan mengukuh pada suku pertama tahun 2017, dan dapat dikekalkan sepanjang tahun.
Pertumbuhan akan didorong terutamanya oleh permintaan domestik di tengah-tengah pertumbuhan gaji dan pekerjaan yang berterusan, dan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang baharu dan berterusan.
"Untuk sektor luaran, berikutan pertumbuhan global, eksport dijangka akan berkembang dengan lebih kukuh dan menyumbang secara positif kepada prestasi ekonomi Malaysia," katanya.
Kadar inflasi pada keseluruhannya meningkat kepada 4.3 peratus dalam suku pertama tahun ini, sejajar dengan jangkaan MPC.
"Kadar inflasi yang lebih tinggi ini mencerminkan, sebahagian besarnya kesan daripada pindahan kenaikan harga minyak global dan gangguan bekalan sementara yang menyebabkan kenaikan harga makanan.
"Inflasi yang lebih tinggi ini juga dijangka menurun pada separuh kedua tahun ini. Bagaimanapun, trend kadar inflasi ini dalam negeri ini akan bergantung pada harga minyak dunia yang sangat tidak menentu," kata BNM.
Bank pusat berkata, inflasi dorongan kos ini dijangka tidak akan memberikan kesan ketara kepada trend harga yang lebih meluas memandangkan keadaan permintaan dalam negeri yang stabil.
Inflasi asasi, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka hanya meningkatkan dengan sederhana.
"Mudah tunai sistem perbankan kekal mencukupi. Institusi kewangan terus beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh, dan pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta adalah selaras dengan kadar perkembangan ekonomi," kata BNM.
Ekonomi global, semakin berkembang dan kegiatan perindustrian dan perdagangan antarabangsa telah meningkat.
""Pertumbuhan juga menjadi lebih sekata antara ekonomi maju dan sedang pesat membangun. Penunjuk ekonomi pula memberi gambaran bahawa propek ekonomi global akan terus bertambah baik.
"Di kalangan negara maju, pemulihan dalam pelaburan dijangka memberikan satu dorongan tambahan kepada aktiviti ekonomi. Dalam ekonomi yang sedang pesat membangun, pertumbuhan dijangka disokong oleh aktiviti domestik yang mampan dan permintaan luaran yang lebih kukuh," katanya.
BNM berkata, bagaimanapun, masih terdapat pelbagai risiko kepada pertumbuhan ekonomi global, seperti perlindungan perdagangan, perkembangan geopolitik dan ketidakstabilan harga komoditi dan ini boleh mencetuskan semula ketidaktentuan pasaran kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2017
BNM dalam satu kenyataan, pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari adalah akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.