Boeing dan Qatar Airways pada 7 Oktober lepas mengumumkan tempahan bagi 30 pesawat 787-9 Dreamliners dan jenis 10 777-300ER bernilai US$11.7 bilion pada senarai harga, sekaligus memperakui nilai, prestasi dan kemampuan kapal terbang berkenaan.
Syarikat penerbangan itu turut memeterai Surat Hasrat bagi tempahan sehingga 60 buah 737 MAX 8 bernilai US$6.9 bilion, kata Boeing dalam satu kenyataan hari ini.
Pengumuman ini mengukuhkan lagi kekuatan Qatar Airways sedia ada yang memiliki 84 pesawat Boeing jenis 787 dan 777 yang diterimanya sejak sembilan tahun lepas.
Menerusi tempahan baharu itu juga, Qatar Airways turut meningkatkan tempahan tertunda daripada 65 kepada 105 pesawat besar Boeing termasuk 60 jenis 777X.
Pengumuman itu dibuat pada satu majlis yang turut dihadiri Menteri Kewangan Qatar Ali Shareef Al Emadi, Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Tony Blinken serta Duta Qatar ke negara itu, Mohammed Jaham Al-Kuwari.
"Qatar Airways yang merupakan antara syarikat penerbangan paling pesat dalam sejarah penerbangan, hari ini mengumumkan tempahan pesawat yang signifikan dan bermakna bagi memacu pertumbuhan syarikat untuk tahun-tahun serta dekad akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker dalam kenyataan itu.
Menurutnya, Boeing terbukti menjadi rakan bernilai dan pengumuman itu menjadi bukti penghargaan terhadap kualiti produk serta dedikasi mereka untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia.
Hubungan Qatar Airways dan Boeing diperbaharui pada 2006 dan disusuli pelbagai pencapaian bermakna bagi kedua-dua syarikat berkenaan.
Qatar Airways muncul syarikat penerbangan pertama mengendalikan pesawat 787 di Asia Barat dan juga yang pertama bagi 777X.
Menerusi komitmen bagi pembelian 737 MAX 8, ia adalah pesawat Boeing jenis satu laluan tempat duduk yang menyertai kekuatan Qatar Airways sejak lebih 15 tahun lepas.
"Selain memaparkan kepentingan bagi kedua-dua syarikat, perjanjian ini turut mencerminkan kepentingan pakatan komersial global bagi mengukuhkan hubungan dua hala kami. Ia juga dapat meningkatkan peluang serta mewujudkan peluang kerja," katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesawat Komersial Boeing, Ray Conner, berkata pihaknya berbangga mempunyai pelanggan dan peneraju pasaran seperti Qatar Airways.
"Ia tidak hanya terus memberi pengiktirafan terhadap produk semasa kami, tetapi turut meyakini teknologi baharu Boeing yang menjadi sebahagian kekuatan 777X dan MAX," katanya.
Pesawat 777-300ER adalah yang paling diyakini untuk jenis dua lorong tempat duduk dan pemilikannya merupakan kebanggaan untuk penerbangan elit dunia.
Ia memiliki kebolehmampuan tertinggi berbanding pesawat jenis dua laluan pada kadar 99.5 peratus dan sentiasa tepat pada masanya di kebanyakan waktu.
Pesawat jenis 787-9 Dreamliner pula adalah yang kedua dalam edisi 787 yang amat cekap dan mengutamakan para penumpangnya.
Pesawat jenis 787-9 yang juga edisi lanjutan daripada 787-8, mampu membawa seramai 290 penumpang sejauh 14,140 kilometer selain menempatkan lebih banyak muatan dan boleh meningkatkan laluan yang disediakan oleh 787-8.
Kapal terbang jenis terbaharu Boeing dalam siri satu lorong - 737 MAX 7, 737 MAX 8, 737 MAX 9 dan 737 MAX 200 – berteraskan kemampuan dan populariti Generasi Baharu 737 selain menawarkan pelanggannya aspek cekap tenaga bagi pasaran pesawat satu lorong dan penghantarannya dijadual bermula pada 2017. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2016
Pengumuman itu mengukuhkan lagi kekuatan Qatar Airways sedia ada yang memiliki 84 pesawat Boeing jenis 787 dan 777 yang diterimanya sejak sembilan tahun lepas. - AFP PHOTO / Fail
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Pemberi maklumat Boeing ditemui mati beberapa hari selepas beri keterangan
Bekas pekerja Boeing yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu ditemui mati.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu
Alaska Airlines pada Rabu mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX-9 sehingga Sabtu.
Malaysia Airlines bakal peroleh 25 pesawat baharu Boeing 737-8 melalui ALC
Pesawat tersebut mampu meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15 peratus, sejajar dengan pelan kemampanan Malaysia Airlines.
PM Anwar adakan pertemuan bersama Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers
Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan bersama empat syarikat gergasi di New York.
Boeing, CAE akan bekerjasama dalam latihan juruterbang
CAE akan menjadi penyedia latihan bertauliah Boeing dan yang pertama menawarkan kurikulum Latihan dan Penilaian Berasaskan Kompetensi (CBTA) Boeing.
Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.
Air India beli hampir 500 pesawat Airbus, Boeing
Air India akan membeli sebanyak 190 Boeing 737 Max, 20 pesawat Boeing 787-9 Dreamliners dan 10 pesawat Boeing 777-9.
Boeing ucap 'selamat tinggal' kepada model 747
Dianggap sebagai 'Queen of the Skies', model 747 merupakan pesawat pertama di dunia yang mempunyai dua laluan atau lorong dalam pesawat.