awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Boleh naikkan gaji, tapi berperingkat" - Ameer Ali Mydin

Najib Aroff
Najib Aroff
05/06/2018
06:22 MYT
"Boleh naikkan gaji, tapi berperingkat" - Ameer Ali Mydin
Ameer berkata, peningkatan gaji minimum perlu dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan kejutan dalam kalangan peserta industri. - BERNAMA/Fail
Peningkatan gaji minimum baik untuk peruncit kerana ia bermakna perbelanjaan boleh guna pengguna juga meningkat, kata Naib Presiden Organisasi Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin.
"Peruncit bergantung kepada perbelanjaan pengguna, jika perbelanjaan boleh guna mereka meningkat, ia bagus," katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan.
Namun, beliau berkata peningkatan itu perlu dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan kejutan dalam kalangan peserta industri.
"Saya tidak mempunyai halangan terhadap peningkatan gaji minimum, namun ia perlu berperingkat. Saya menggajikan lebih 10,000 pekerja, sudah pasti akan terjejas.
"Namun jika ia berperingkat, ia lebih teratur dan sesuai dengan struktur kos kami," katanya sambil menambah, peningkatan gaji seharusnya berlaku bagi membantu poket rakyat.
Peningkatan gaji minimum harus berperingkat, tidak boleh mengejutkan industri. Kenaikan ini baik buat peruncit kerana lebih tinggi pendapatan boleh guna, lebih baik untuk peruncit. Peningkatan harus lebih dari kadar inflasi. - Datuk Ameer Ali Mydin @501Awani pic.twitter.com/zXcuGNczqr
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) June 5, 2018
Ameer Ali berkata peratusan peningkatan gaji minimum juga harus melebihi paras inflasi semasa di mana ia kini berada sekitar 3 peratus.
Sebelum ini, gaji minimum dicadangkan untuk dinaikan kepada RM1,500 berbanding RM100 di Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Ameer Ali Mydin
#Bumiputera
#gaji minimum
#Majlis Penasihat Kerajaan
#MYDIN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan