Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, meneruskan momentum meningkatnya, selari sentimen positif dalam pasaran.
Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.21 mata kepada 1,653.54 berbanding 1,649.33 pada 5 petang Jumaat.
Indeks utama dibuka 2.60 mata lebih tinggi kepada 1,651.93.
Kedudukan pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 206 berbanding 54, manakala 121 kaunter tidak berubah, 1,509 tidak diniagakan dan 28 lagi digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 04.91 juta bernilai RM48.64 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran dijangka menyaksikan aliran menaik dalam jangka terdekat, dengan pasaran saham tempatan mengekori peningkatan indeks luar negara susulan rundingan baharu mengenai pengurangan kadar faedah AS, yang boleh memberi dorongan untuk belian segera.
Keyakinan ini mengetepikan sementara kebimbangan berterusan terhadap perang perdagangan AS-China serta kesan persekitaran ekonomi global yang perlahan, katanya.
"Sejak kebelakangan ini pelabur asing membuat belian ke atas portfolio, yang dapat memberikan sedikit ketenangan kepada persekitaran pasaran Malaysia, walaupun hanya perubahan kecil ke atas asas korporat Malaysia selepas musim pelaporan keputusan baru-baru ini .
"Oleh itu, sebahagian besar keuntungan yang akan datang adalah hasil daripada perkembangan pasaran luar negara," katanya dalam nota hari ini.
Paras rintangan FBM KLCI berada pada 1,657 dan 1,664, manakala sokongan pada 1,644 dan 1,639, katanya.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.02, Public Bank dan Tenaga masing-masing menambah lapan sen kepada RM23.50 dan RM12.86, CIMB naik tiga sen kepada RM5.31 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.40.
Bagi saham aktif, Ekovest melonjak dua sen kepada 81 sen, SinoHua-An International meningkat satu sen kepada 18.5 sen, AirAsia X naik setengah sen kepada 24.5 sen, Impiana Hotels susut setengah sen kepada 3.5 sen manakala IRIS Corporation tidak berubah pada 15.5 sen.
Indeks FBM Emas menokok 35.18 mata kepada 11,615.83, Indeks FBMT 100 meningkat 32.16 mata kepada 11,472.58 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 28.61 mata kepada 11,819.05.
FBM 70 meningkat 52.12 mata kepada 14,279.44 dan FBM Ace menokok 39.01 mata kepada 4,303.15.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019
Keyakinan ini mengetepikan sementara kebimbangan berterusan terhadap perang perdagangan AS-China serta kesan persekitaran ekonomi global yang perlahan. - Gambar fail/BERNAMA
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.