Tutup

Berita  | Bisnes

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Antara faktor yang terus mempengaruhi pasaran adalah sentimen perang dagangan China-AS. Foto: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini susulan minat belian baharu terutama untuk saham berwajaran berat terutama Genting Malaysia dan Maxis.

Indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka meningkat pada 2.48 mata kepada 1604.7 mata.

206 saham mencatatkan peningkatan berbanding 125 yang rugi dan 349 juta saham didagangkan bernilai RM131.61 juta.

Menurut laporan Bernama yang memetik Malacca Securities Sdn Bhd pasaran masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat susulan suasana yang tidak menentu akibat perang dagangan China-Amerika Syarikat yang masih mempengaruhi sentimen pasaran.
Antara faktor yang dijangka mempengaruhi pasaran termasuk laporan kewangan korporat di Malaysia yang dijangka diumum dalam masa terdekat.