Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, dengan semua indeks mencatatkan dagangan positif seiring dengan prestasi kenaikan dalam tempoh semalaman di pasaran global utama.
Pada 9.05 pagi, indeks utama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.79 peratus atau 36.12 mata kepada 1,327.28 daripada 1,291.148 ketika ditutup semalam.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 480 berbanding 37, manakala 107 kaunter tidak berubah, 1,399 kaunter tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 285.69 juta saham bernilai RM136.70 juta.
Penganalisis berkata momentum menaik bursa tempatan adalah sejajar dengan sentimen global susulan pelbagai inisiatif kerajaan untuk menangani kesan ekonomi akibat penularan COVID-19.
"Malaysia, Jepun sehinggalah ke Amerika Syarikat, setiap kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan kesan pandemik itu ke atas ekonomi, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran," katanya.
Menurut Bloomberg dalam laporan rumusan pasarannya, ekuiti Jepun dibuka kira-kira tiga peratus lebih tinggi, manakala saham Australia dan Korea Selatan melonjak kira-kira lima peratus, sementara saham Asia-Pasifik mencatatkan pergerakan meningkat memasuki hari kedua.
Tempoh semalaman itu pula menjadi hari terbaik bagi indeks AS seperti Purata Perindustrian Dow Jones apabila timbul semula minat dalam kalangan pelabur apabila Kongres berakhir dengan peruntukan perbelanjaan yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, menerusi pakej rangsangan, untuk melonjakkan ekonominya yang lembap.
Bagi minyak mentah pula, minyak Brent yang menjadi penanda aras, meningkat kepada US$30.53 setong.
Bagaimanapun, para penganalisis tetap berhati-hati apabila pengeluar utama dunia cenderung kepada untuk menurunkan lagi komoditi tersebut, sehingga serendah US$10 setong.
Bagi prestasi saham berwajaran tinggi, Public Bank mendahului dengan kenaikan 84 sen kepada RM16.08, diikuti Axiata naik 26 sen kepada RM3.53, Tenaga Nasional menokok 30 sen kepada RM12.12, Maybank menambah 14 sen kepada RM7.44, dan Petronas Chemicals meningkat 19 sen kepada RM4.49.
Secara terkumpul, lima saham itu menyumbang 18.84 mata kepada kenaikan indeks komposit.
Bagi saham aktif, kaunter minyak dan gas terus meningkat dengan Hibiscus naik tiga sen kepada 34 sen dan Velesto menokok 1.5 sen kepada 12 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 260.27 mata kepada 9,003.01; FBM 70 naik 358.0 mata kepada 10,056.73 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 250.64 mata kepada 9,721.76.
Indeks FBMT 100 menambah 259.33 mata kepada 8,948.57 dan FBM Ace naik 122.63 mata kepada 3,674.78.
Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.89 mata kepada 100.21, Indeks Perladangan menokok 25.23 mata kepada 5,859.31 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 355.13 mata kepada 12,350.61.-BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, dengan semua indeks mencatatkan dagangan positif. Gambar fail/ BERNAMA.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke