FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus meningkat minggu depan berikutan prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik pada Jumaat dan pengumuman mengenai insentif Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) semalam.
Seorang penganalisis pasaran berkata FBM KLCI akan terus mencatatkan kenaikan yang ketara minggu depan; bagaimanapun, ia mungkin berdepan dengan aktiviti pengambilan untung selepas menyaksikan kenaikan selama lapan hari berturut-turut, setelah meningkat pada minggu lepas.
"Belian secara bergilir-gilir dijangka dalam kalangan peniaga, dan dijangka pertukaran antara saham sektor perbankan, penjagaan kesihatan, pengguna serta produk perindustrian dan perkhidmatan, automotif dan perladangan," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Penganalisis Malacca Securities Sdn Bhd Kenneth Leong bersetuju bahawa indeks petunjuk pasaran dijangka meningkat pada minggu akan datang berikutan beberapa langkah di bawah PENJANA.
"Pada masa sama, pasaran dijangka turut disokong oleh prestasi yang kukuh dalam pasaran global berikutan data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan, langkah-langkah rangsangan yang diumumkan di seluruh dunia dan harga minyak mentah yang lebih tinggi menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) hari ini untuk membincangkan mengenai lanjutan pengurangan pengeluaran," katanya.
Mengenai pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan dan 50 peratus kepada kereta penumpang import dari 15 Jun hingga 31 Dis 2020, Leong berkata saham dalam sektor automotif telah meningkat pada Jumaat berikutan langkah-langkah itu yang akan meningkatkan jualan automotif pada separuh kedua tahun ini.
Beliau juga berkata sektor hartanah akan dipacu oleh langkah-langkah di bawah PENJANA seperti pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah yang akan diperkenalkan semula serta pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah untuk pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.
Mengenai kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, katanya langkah tersebut akan memberi manfaat kepada saham berkaitan pengguna serta produk perindustrian dan perkhidmatan dalam masa terdekat.
Seorang penganalisis pasaran lain berkata pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Dis 2020, akan memberi prospek yang baik kepada saham perladangan dan menasihatkan pelabur untuk membeli saham dalam syarikat seperti FGV Holdings.
Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengingatkan pelabur untuk berhati-hati dengan kenaikan yang telah dicatatkan oleh FBM KLCI pada minggu lepas (ditutup hampir pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan pada Rabu dan paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Khamis).
"Dari aspek penilaian harga kepada pendapatan (PE), FBM KLCI dilihat berada pada aliran meningkat dengan nisbah PE sekitar 20 kali, yang lebih tinggi daripada penghindaran standard campur-satu sebanyak 17 kali," katanya kepada Bernama, sambil menambah bacaan teknikal turut menunjukkan indeks utama dalam situasi terlebih beli.
"Oleh itu, kami menjangka pembetulan akan berlaku dalam masa terdekat," katanya.
Ketua Strategi MIDF Research Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata pasaran ekuiti, mungkin telah mencecah paras rendahnya.
"Ternyata, sejajar dengan penurunan secara am pasaran ekuiti dunia, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah meningkat semula dengan lebih 230 mata," katanya.
Syed Muhammed Kifni berkata kenaikan harga disokong oleh langkah melandaikan keluk kes COVID-19 di peringkat tempatan dan antarabangsa (jumlah kes aktif di Malaysia berada pada trend penurunan) dan suntikan mudah tunai yang tinggi sama ada secara langsung atau melalui pengurangan kadar faedah dan pelbagai rangsangan fiskal di peringkat antarabangsa dan domestik.
"Kadangkala, dakwaan kemajuan yang dibuat mengenai pembangunan vaksin COVID-19 turut membantu menggalakkan pasaran ekuiti dunia," kata Syed Muhammed Kifni dalam nota.
Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, indeks meningkat 83.08 mata untuk ditutup kepada 1,556.33.
Indeks FBM Emas naik 466.93 mata kepada 10,930.78, Indeks FBMT 100 melonjak 479.03 mata kepada 10,792.24 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 281.88 mata kepada 12,307.1.
FBM 70 meningkat 196.64 mata kepada 13,391.84 dan Indeks FBM ACE naik 232.72 mata kepada 5,852.53.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 8.99 mata kepada 139.05, Indeks Perladangan meningkat 1.85 mata kepada 6,787.02, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 1,243.28 mata kepada 13,726.02.
Bagi minggu baru berakhir, jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 46.04 bilion unit bernilai RM32.19 bilion daripada 23.18 bilion unit bernilai RM19.53 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 26.91 bilion saham bernilai RM16.95 bilion daripada 13.58 bilion saham bernilai RM16.95 bilion sebelum ini.
Jumlah dagangan waran menambah kepada 3.22 bilion unit bernilai RM885.64 juta daripada 1.71 bilion unit bernilai RM521.91 juta pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 15.89 bilion saham bernilai RM5.66 bilion daripada 7.88 bilion saham bernilai RM2.06 bilion sebelum ini.
Pasaran akan ditutup pada Isnin bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020
Bagi minggu baru berakhir, jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 46.04 bilion unit bernilai RM32.19 bilion. - Gambar hiasan
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.