Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan memenangi Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia CNBC ke-12 dalam kategori Tanggungjawab Sosial Korporat, malam ini.

Beliau menerima anugerah tersebut kerana kepimpinan berwawasan dan sentiasa menggalakkan tenaga kerja ASTRO untuk membuat perubahan kepada masyarakat dalam pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Juri memilih Rohana berdasarkan keupayaan beliau untuk menterjemahkan kejayaan ASTRO kepada faedah untuk masyarakat.

Rohana menang anugerah CSR

Anugerah ini juga mengiktiraf sumbangan ASTRO yang cemerlang untuk seni, pendidikan, alam sekitar dan pembangunan masyarakat.

Panel juri terdiri daripada ahli strategi pengurusan bebas yang dihormati dunia, ahli akademik, tokoh korporat dan eksekutif CNBC.

Penjurian dijalankan menerusi tiga fasa proses penghakiman yang unik, termasuk syarikat kuantitatif analisis data untuk memilih prestasi terbaik dari seluruh Asia, diikuti oleh temuduga untuk menilai kualiti kepimpinan calon dan pemilihan akhir pemenang anugerah itu.

Calon-calon telah dinilai berdasarkan gabungan kriteria termasuk prestasi kewangan syarikat kewangan, kreativiti, inovasi, tanggungjawab sosial dan keupayaan untuk mewujudkan kelebihan jangka pendek, nilai jangka panjang dan daya saing.

Rohana menang anugerah CSR

Pada majlis yang sama, seorang lagi tokoh korporat Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memenangi Anugerah Tahunan Inovasi Asia CNBC.

CEO AirAsia menang anugerah CNBC